Monday, 13 February 2012

4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka


Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-


“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam

Sumber: ustazazhar.net

Wednesday, 8 February 2012

Kelebihan Solat Ber-JEMAAH



Sebagai orang Islam, kita dianjurkan untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Tujuan utama ialah mendapat pahala dan keredaan Allah s.w.t. selain pahala solat berjemaah, kita juga memperoleh pahala hasil daripada menggunakan kedua-dua kaki kita untuk berjalan menuju ke rumah Allah itu. Banyak hadis-hadis yang menerangkan ganjaran pahala bagi mereka yang berjalan kaki menuju ke masjid. 
Antara hadis tersebut ialah dalam riwayat Muslim, daripada Abu Musa r.a., Rasulullah s.a.w.Bersabda yang bermasksud; “Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh perjalanannya menuju ke masjid.” Selain berjalan kaki ke masjid juga mempunyai nilai kesihatan yang begitu tinggi. Ia merupakan salah satu bentuk olahraga yang memiliki manfaat yang tidak terhingga. Olahraga ini mampu menguatkan dan meningkatkan aktiviti tubuh atas izin Allah s.w.t 
Beberapa manfaat kesihatan yang diperolehi melalui berjalan kaki ke masjid adalah:
1.       Dapat menghindari diri daripada penyakit-penyakit yang timbul daripada sifat malas bergerak, sering duduk dan kurang melakukan senaman. Berjalan kaki dapat membakar lemak-lemak berlebihan yang terkumpul di dalam tisu-tisu badan.
2.       Mengaktifkan jantung untuk melancarkan peredaran darah. Ini membantu untuk merendahkan kadar kolesterol, merendahkan tekanan darah dan melancarkan proses pencernaan makanan selepas makan.
3.       Mengurangkan stres/ senaman ringkas seperti berjalan kakimampu meningkatkan hormon Endorfin yang berfungsi memberikan perasaan gembira dan tenang. Maka, berjalan kaki merupakan cara mudah untuk mengurangkan stres yang disebabkan oleh tekanan hidup sehari-hari yang tidak pernah berakhir.
4.       Berjalan kaki merupakan satu senaman yang mampu dilakukan oleh semua orang. Ia tidak terlalu kasar seperti bermain bole sepak dan ragbi dan tidak melelahkan seperti marathon. Namun gerakannya juga mampu memberi kesan kepada otot, sendi dan juga tulang. Ia memiliki risiko yang paling rendah untuk berlakunya kecederaan seperti terseliuh dan kekejangan.
5.       Bagi orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan, berjalan kaki ke masjid banyak membantu untuk mengatasi masalah mereka. Sebagai contoh, orang yang berjalan kaki sejauh 4 kilometer, dia akan membakar 200-250 kalori atau bersamaan 22-28 gram lemak dalam badan.

Tuesday, 27 December 2011

Ketika waktu Bangun TIDUR...

  1. Usap wajah yang terkesan bekas tidur dengan telapak tangan. Menurut Imam Nawawi dan al-Hafiz Ibn Hajar, perbuatan ini dianjurkan berdasarkan hadis riwayat Muslim: " Rasulullah s.a.w. bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap bekas tidur dari wajah dengan tangannya."
  2. Berdoa ketika bangun tidur: "Alhamdulillah. Segala puji-pujian itu hanya bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami, dan kepada-NYA kami dibangkitkan." (riwayat Bukhari)
  3. Bersiwak. "Apabila Rasulullah s.a.w. bangun malam, Baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak." (Muttafaq 'alaih)
  4. Mengeluarkan atau menyemburkan air dari hidung setelah menyedutnya (tidak terlalu dalam). Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang diantara kamu bangun daripada tidur, maka berbuatlah demikian tiga kali, kerana sesungguhnya syaitan bermalam di hujung (rongga) hidungnya." (Muttafaq 'alaih)
  5. Mencuci tangan tiga kali. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Apabila salah seorang daripada kamu bangin tidur, janganlah memasukkan tangan(keseluruhan) ke dalam bekas air sebelum mencucinya tiga kali." (Muttafaq 'alaih).

Friday, 23 December 2011

Kelebihan hari JUMAAT...

Bagaimana nak jadikan setiap langkah anda sama dengan ibadah setahun berpuasa dan bersolat?

Kita hanya menunggu, terus menunggu dari Ramadhan yang lepas kepada Ramadhan yang akan datang, raya yang lepas kepada raya yang akan datang. Ada juga yang menunggu lailatul Qadr dan 10 malam terakhir Ramadhan, semua hari-hari ini adalah hari yang sangat baik dan ada banyak keberkatan padanya.

Namun ada lagi satu musim/hari yang ALLAH s.w.t. letakkan segala kebaikan untuk setahun padanya. Semua ada di musim/hari ini, ia adalah hari JUMAAT.

Sebagaimana Sabda Nabi s.a.w : “Sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah JUMAAT.”

Hari JUMAAT telah dikhaskan untuk kita. ALLAH s.w.t. penuhkannya dengan kebaikan.

Para ulama’ mengatakan tiada hari yang lebih baik dari JUMAAT dalam setahun kecuali hari Arafah, hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, malah ia lebih baik dari Ramadhan dan 10 hari terakhirnya. Hari JUMAAT lebih baik daripada hari-hari dalam Ramadhan.

Hadis Nabi s.a.w. tentang hari JUMAAT;

Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang. Kemudian menghampiri  imam dan mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya, dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan bersolat selama setahun.”

Begitulah yang boleh disimpulkan tentang etika dan adab-adab yang boleh diamalkan pada hari JUMAAT.

PERTAMA : Adab bersedia menyambut hari JUMAAT. Terdapat lima adab bersedia untuk hari JUMAAT iaitu;
  1. Mandi ; sesetengah ulama’ mewajibkannya kerana Nabi s.a.w. bersabda: “Mandi JUMAAT adalah wajib kepada mereka yang dah baligh.” Iaitu wajib ke atas setiap orang yang baligh.
  2. Memakai pakaian yang terbaik dan menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari JUMAAT. Dan sudah tentulah yang terbaik adalah pakaian yang berwarna putih. Ia adalah sunah kerana Nabi s.a.w. sukakan warna putih.
  3. Berwangi-wangian ; dengan menggunakan ‘Atar dan haruman-haruman lain.
  4. Memotong kuku, mencukur dan menggunting bulu yang dibolehkan.
  5. Melumurkan @ memakai pada badan dengan minyak, losyen atau krim.
Jika lima adab ini diamalkan, maka kita telah mengamalkan sunah hari JUMAAT.

KEDUA : Adab keluar dari masjid. Terdapat lima adab ketika keluar dari masjid.
  1. Dengan berjalan selagi mampu sekiranya jika masjid berada berdekatan atau dia juga boleh memandu kemudian berjalan dari keretanya ke masjid. Ia akan dihitung, insya-ALLAH, akan mendapat ganjaran untuk amalannya.
  2. Keluar awal dari rumah dan masuk ke masjid sebelum imam berada di mimbar. Inilah antara yang memberi kesan terhadap saya. Ia adalah sabda Nabi s.a.w: “Di setiap pintu masjid ada malaikat yang menulis nama mereka yang memasukinya mengikut urutan. Ketika imam menaiki mimbar, mereka(malaikat)  tutup lembaran nama itu untuk mendengar khutbah.”
  3. Menunaikan solat tahiyyatul masjid. Nabi s.a.w. mengarahkan supaya kita tidak duduk sebelum menunaikan solat tahiyyatul masjid. Walaupun khatib sudah menaik ke mimbar dan mula untuk menyampaikan khutbahnya, kita tetap disunatkan untuk menunaikan solat tahiyyatul masjid.
  4. Sunnah untuk mendekati imam. Iaitu duduk di tempat yang paling hampir dengan imam. Berdasarkan sabda Nabi s.a.w : “Baginda mendekati imam lalu mendengar khutbahnya.”
  5. Memberi perhatian terhadap khutbah yang disampaikan. Buat mereka yang tidur dan terleka, sesungguhnya mereka akan terlepas ganjaran besar yang diberikan kepada mereka yang mendengar khutbah. Memberi perhatian adalah penting dan juga meninggalkan perkara yang sia-sia. Kerana terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh orang ramai, sesetengahnya ketika mendengar khutbah dia asyik dengan telefon bimbitnya. Berdasarkan Nabi s.a.w. bersabda : “Barangsiapa yang menggerakkan batu, pada hari JUMAAT maka dia telah melakukan perkara yang sia-sia, barangsiapa yang melakukan perkara yang sia-sia maka tiadalah pahala JUMAAT untuknya, Barangsiapa bercakap dengan temannya maka tiadalah pahala JUMAAT untuknya.”
KETIGA : Adab pada hari JUMAAT dan malam sebelumnya.

  1. Membaca surah Al-Kahfi seperti sabda Nabi s.a.w : “Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi di hari JUMAAT, dia akan disinari cahaya sehingga ke JUMAAT yang berikutnya.” Ia juga akan melindungi kita daripada fitnah dajjal, semoga ALLAH melindungi kita daripada fitnah dajjal.
  2. Iaitu selawat ke atas Nabi s.a.w. Baginda s.a.w. bersabda : “Banyakkanlah berselawat kepadaku di hari JUMAAT dan malam sebelumnya.” Jika kita berselawat kepada Nabi s.a.w. sekali, ALLAH akan berselawat kepada baginda sebanyak 10 kali. Selawat dari ALLAH s.w.t. adalah rahmat.
  3. Perbanyakan berdoa dan menunggu saat doa dimakbulkan. Nabi s.a.w. bersabda : “Terdapat satu masa di hari JUMAAT, jika seorang muslim berdoa, doanya pasti akan dimakbulkan oleh ALLAH.” Saat ini dikenali sebagai saat doa dimakbulkan dan kebanyakan ulama’ dan para sahabat Nabi s.a.w antaranya Ali dan Fatimah Az-Zahrah dan beberapa sahabat yang lain mengatakan bahawa saat doa dimakbulkan adalah ketika matahari mula terbenam.

Antara perkara terpenting yang perlu kita ambil berat ketika mencontohi Nabi s.a.w. adalah persepsi Baginda menunjukkan mahabbah ALLAH s.w.t. kepada kita. Mahabbah kita kepada ALLAH s.w.t. pula merupakan asas mengapa kita mengamalkan sunah Nabi s.a.w.




Allah berfirman : katakanlah; “Jika kamu benar-benar cintai ALLAH, ikutilah aku. Nescaya ALLAH akan mengasihimu. (Ali-Imran : 31)

Daripada : Habib Muhammad Al-Saqqaf’s 

Thursday, 22 December 2011

50 sen VS RM 50

50 Sen VS RM 50
Pada suatu hari, duit syiling 50 sen bertemu dengan kawan lamanya; duit kertas RM 50. Dek asyik terlalu sibuk bermusafir sana sini, bertukar-tukar tangan, mereka jarang bersua. Apa tidaknya, wang kertas RM 50 itu berjalan sakan, sampailah ke luar negara pun sudah dijelajahinya. Duit syiling 50 sen, khidmatnya terbatas dalam negara sahaja.
Wang kertas RM 50 yang baru pulang dari Paris ditegur oleh duit syiling 50 sen yang dikenalinya itu di satu pesta membeli di ibu kota baru-baru ini.
"Assalamualaikum. Apa khabar, lama tak nampak?" "Wa'alaikumussalam sihat, tetapi penatlah sikit," jawab wang kertas RM 50 ringkas. 
"Kenapa pula penat?" 
 "Aku ni, serata dunia pergi. Singapura, Indonesia, Eropah dan macam-macam tempat. Masuk hotel, pawagam, pasar raya dan banyak lagilah.
"Hah, kau pula macam mana pula sekarang ni? Lama tak nampak?" Kini gelaran wang kertas RM 50 pula bertanya khabar wang syiling 50 sen.
"HUH, aku macam tu la juga! Masuk Masjid, tandas awam, kedai runcit. Keluar tandas awam balik, masuk masjid balik. Aku ni tidak sempat merasai untuk ke luar negara macam engkau tu."
Mereka diam seketika. Sambil itu memandang gelagat pembeli yang sedang berebut-rebut untuk membeli belah. Alah membeli menang memakai la tu.
"Eh, engkau bila lagi nak masuk masjid?" tiba-tiba wang syiling 50 sen bertanya memecahkan kesepian. Wang kertas RM 50 menoleh memandang wang syiling 50 sen, kelu seketika.
"Kenapa engkau tanya aku pula, engkau tanyalah orang ramai yang membeli belah itu."
Serentak mereka tersenyum, senyum kambing...
Sudah menjadi lumrah dalam situasi kehidupan kita pada hari ini, lebih mengutamakan pada pembelian yang tidak membawa manfaat, lebih2 lagi terlalu boros dalam berbelanja. Jadikan analogi di atas sebagai satu teguran untuk diri ini dan pembaca. Apabila ingin menderma di masjid, jangan hanya bagi duit syiling sahaja. Jangan samakan nilai sedekah yang ingin diberi dengan nilai khidmat tandas awam yang biasa kita guna. Apa salahnya jika sekali-sekala hulurlah pula duit kertas.

 
Free Host